
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah
mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31)
Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki
terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng. Sama juga seperti
pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wewangian
Siapa sahaja wanita
yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu
mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
4. Dada
Hendaklah mereka
(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada
mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
5. Gigi
5. Gigi
Rasullulah melaknat
perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan
dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti
orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar
telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai
Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan
dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)
8. Tangan
Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi)
9. Mata
Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW,
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
10. Mulut (suara)
Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)
Sabda SAW Sesungguhnya
akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu
kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat
Ibn Majah)
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Apabila seorang
perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu
yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)
Tiada seorang perempuan
pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi,
Abu Daud dan Ibn Majah)
12. Pakaian
Barang siapa memakai
pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka
tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an
tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan
yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Riwayat Imran bin
Hushain ra:




Tidak ada komentar:
Posting Komentar